Were Are Back!!

ApK Band Is back..... We just finish our ...... maybe 9th jamming session and it turns out good but not that good enough yet........ sooo wait for out next post..... this is the first post since we kinda turn all of our focus on our PMR (Penilaian Menengah Rendah) exam...... we are going to get abit active now....... well just wait for out next post and y'all see what are we doing next

Folio Geografi 2010

Folio Geografi


MIGRASI DALAMAN PENDUDUK

DI TAMAN SRI SINAR

KUALA LUMPUR


NAMA  : SYAHMIE FAYYADH BIN JAAFAR


KELAS : 3 JUJUR


SEKOLAH : SMK SINAR BINTANG, KUALA LUMPUR


NAMA GURU : PN ROSNAH SAMLEE


TAHUN : 2010





TANDATANGAN PELAJAR                          TANDATANGAN GURU

­­­­­­­­­­­­­­










ISI KANDUNG



TAJUK DAN HALAMAN


  1. Bismillah
  2. Penghargaan
  3. Pendahuluan
  4. Objektif Kajian
  5. Kawasan Kajian
  6. Kaedah Kajian
  7. Hasil Kajian
  8. Rumusan
  9. Rujukan
  10. Lampiran
  11. Bukti (Soal Selidik)



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH

LAGI MAHA PENYAYANG





APK TEAM
KUALA LUMPUR



PENGHARGAAN


Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Sinar Bintang, Pn. Sumarni b. Junin kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn. Rosnah Samlee yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.


Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Adib Akmal dan Mohd. Azwandy yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan. Terima kasih juga kerana sudi meminjamkan wang ringgit kepada saya.


Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Taman Sri Sinar yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.






PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di taman perumahan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di Taman Sri Sinar,  sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di taman ini disebabkan perkembangan sektor pekerjaan di kawasan sekitarnya.


Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.


Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.





OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan


  1. Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
  2. Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
  3. Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
  4. Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
  5. Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.
  6. Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Selulun mengenai kepentingan migrasi.


KAWASAN KAJIAN





Kajian ini telah dijalankan di Taman Sri Sinar, Kuala Lumpur. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 12.7 kilometer Jalan Kucing dari  dan kira-kira 14.9 km dari Lebuhraya Mahameru. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM 0.50 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan taman ini mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Kepong yang mempunyai pelajar seramai 600 orang.



KAEDAH KAJIAN



Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-


1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan Taman Sri Sinar dan Sri Segambut.


2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya. Temu bual dijalankan kepada penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.


3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan.


4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasu yang berlaku di Malaysia.





DAPATAN KAJIAN

Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan, kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di taman perumahan saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:


i) Migrasi Luar Bandar Ke Bandar


Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.  Migrasi ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap di luar bandar. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.


ii) Migrasi Bandar Ke Luar Bandar


Migrasi ini juga berlaku di kawasan taman perumahan saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan bandar yang lain berhijrah ke luar bandar.



Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian

Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :-


A (Migrasi Luar bandar ke Bandar)


i)  melanjutkan pelajaran


- kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sini menawarkan banyak peluang pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.


ii) peluang pekerjaan


- sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian, perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di kampung saya berpindah ke kawasan bandar.


B (Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar)


iii) Governan


- pihak kerajaan telah memajukan kawasan luar bandar dengan adanya pembukaan tanah-tanah baru untuk kawasan pertanian seperti kelapa sawit di bawah agensi FELDA dan FELCRA. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya penduduk dari kawasan bandar telah berpindah ke kawasan luar bandar untuk mencari peluang pekerjaan daripada sektor pertanian.


iv) Ikut Keluarga / Perkahwinan


- daripada borang soal selidik yang telah dikaji saya mendapati terdapat beberapa buah keluarga yang datang kawasan kajian saya ini disebabkan kerana mengikut keluarga dan berkahwin dengan penduduk daripada kawasan kajian.


Penerapan Unsur Patriotisme


Saya sangat bersyukur kerana di taman perumahan ini mempunyai penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.



Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian


Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan taman perumahan saya  sebenarnya telah memberi yang positif dan negatif di kawasan taman perumahan saya. Antara kesan yang dapat dilihat ialah :-


A ( KESAN POSITIF )


1) Penduduk Bertambah


- Migrasi dalaman yang berlaku  ini telah menyebabkan bilangan penduduk di taman perumahan saya telah meningkat walau pun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Ini diseimbangkan oleh kemasukan penduduk disebabkan oleh faktor-faktor seperti peluang pekerjaan, ikut keluarga dan perkahwinan. Walau bagaimana pun penduduk di taman perumahan ini masih stabil dan masih lagi ada kawasan yang belum dihuni  oleh penduduk.


2) Peluang Pekerjaan Bertambah


- migrasi yang berlaku ini telah menyebabkan peluang pekerjaan telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pertambahan pembukaan kawasan sektor industri.


B ( KESAN NEGATIF )


3) Masalah Sosial


- Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di bawa oleh penduduk bandar untuk bekerja dalam sektor industri dan pembinaan. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan perumahan saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan rogol.


4) Struktur Penduduk Berubah


- migrasi luar bandar ke bandar yang berlaku di kawasan kampung saya telah menyebabkan struktur penduduk berubah. Ini kerana kebanyakan penduduk yang berhijrah ialah golongan tua. Keadaan ini  telah menyebabkan golongan tua semakin berkurangan dan golongan kanak-kanak serta belia terus bertambah.


Penerapan Unsur Patriotisme


Saya berharap penduduk bandar berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran bandar juga perlu dipelihara. Penduduk bandar perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan bandar sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan bandar daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.


Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni.



Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-


Wujudkan Rukun Tetangga


- rukun tetangga ini perlu diwujudkan di taman perumahan saya untuk memastikan kawasan bandar sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk bandar bagi memastikan keadaan bandar sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.


Penerapan Unsur Patriotisme


Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah  dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa bandar ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.


Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kawasan bandar ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk bandar saya ini.

RUMUSAN

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk bandar. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk bandar.



SEKIAN





Projek Baru : REFORM

Sejak kebelakangan ini. Pelbagai perkara yang tidak baik telah terjadi pada kami. Antaranya adalah ;
  • Ramai ahli yang meninggalkan APK
  • Saingan dengan kumpulan yang lain semakin kuat
  • Masalah kewangan
  • Tidak aktif
Jadi, ahli-ahli tertinggi APK Team akan membincangkan tentang isu-isu dia atas pada satu hari yang akan ditetapkan. Laporan projek ini akan dicatatkan di dalam blog ini. Sekian

Penjelasan PENUH APK Team



Ramai ahli kami dan orang ramai masih ragu-ragu tentang status kumpulan kami. Mereka sering bertanya pada kami ; "Aku dengar orang kata APK tu grup gangster ke? Kalau aku jadi ahli nanti tak pasal-pasal polis serbu rumah aku." kata salah seorang ahli kami.

Untuk penjelasan anda semua, kami bukan kumpulan gengster malah kami menentangnya. Boleh juga dikatakan kami ini kumpulan anti kekejaman. Sekarang kami akan menjelaskan apa yang sebenarnya APK Team buat kali terakhir dan sepadat-padatnya.

Kronologi Kami


Pertengahan tahun 2007 : Dua orang rakan iaitu Mohd. Azwandy dan Adib sedang bersama-sama berfikir tentang gangsterisma dan jenayah  yang berlaku. Dan mereka mencari jalan bagaimana dapat mengelakkan perlakuan ini di kalangan pelajar sekolah. Lalu, terciptalah APK Team.

Awal tahun 2008 : Kami meperkenalkan APK Team kepada pelajar SMK Sinar Bintang yang kebanyakkannya terdiri daripada pelajar berbangsa Melayu dan sedikit India.

Pertengahan tahun 2008 : Blog APK Team pertama telah dicipta oleh ketua media, Syahmie dan ahlinya semakin ramai. Tetapi ramai pelajar lain menanggap kumpulan kita hanya suatu "angan-angan tahi ayam". Tetapi kami membantah dan membuktikan pada mereka kebolehan dan kebenaran kami dengan belbagai cara.

Akhir Tahun 2008 : Satu lagi kumpulan lain iaitu EF Team yang menyatakan kumpulannya berlainan tema dan berfikiran lebih luas daripada kami. Dia juga "mencucuk" ahli kami supaya meninggalkan APK Team. Tapi cubaaan mereka gagal. Dan APK Team terus maju.

Awal Tahun 2009 : Sekolah kami menerima seorang pelajar baru, dia mencipta kumpulan baru iaitu MIX Team. Tema mereka adalah "kawan lindung kawan". Pada awalnya kami menganggap mereka sebagai rakan sesama organisasi malah kami membenarkan ahli kami mendaftar kumpulan itu.

Pertengahan Tahun 2009 : MIX Team dilihat semakin maju tetapi kami (APK Team) semakin menurun dan ahli kami berkurangan. Ini semua kerana mereka ingin memasuki kumpulan MIX Team sepenuhnya. Jadi, ahli kami yang setia keluar daripada MIX Team apabila disedar yang mereka kini adalah ancaman kami. Kami juga dikutuk oleh MIX Team atas perbuatan kami iaitu menarik balik ahli kami secara tidak-paksaan daripada mereka. Dan kini mereka menanggap kami sebagai musuh.

Akhir Tahun 2009 : Lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk. Mereka terus memboikot kami dan tidak menganggap kami sebagai rakan walaupun di luar organisasi. Mereka juga melakukan diskriminasi sosial terhadap kami. Semua ini berlaku sehingga seorang lagi pelajar baru mendaftar SMK Sinar Bintang. Dia memberi amaran pada semua pelajar sama ada APK Team atau MIX Team supaya bersama-sama bertolak ansur dan menganggap kami semua sebagai rakan. Walaupun begitu kimi masih menanggap MIX Team itu adalah pesaing terbesar kami, tetapi bersaing secara aman.

Misi APK Team


APK Team adalah organisasi yang membantu dan memupuk remaja supaya tidak terjebak dengan aktiviti negatif dan melibatkan diri kepada aktiviti yang lebih positif. Kami juga akan turut membantu ahli kami yang dalam apa jua kesusahan. Dan kepada ahli yang mempunyai minat atau bakat tertentu, kami juga akan membantu mereka. Kami juga akan berusaha untuk mendapat lesen organisasi Malaysia secepat mungkin untuk membesarkan kumpulan kami.

Aktiviti Kumpulan Kami


Kami mempunyai pelbagai aktiviti yang akan dilakukan oleh ahli kami. Antaranya ialah, muzik, seni, bisnes dan berbagai-bagai lagi.

APK Band Telah Dicipta

Lima orang ahli APK Team telah mebuat band indie terbaru iaitu APK Band. Band ini ditubuh pada tahun beberapa bulan lepas di Segambut dengan tiga orang ahli sahaja dan kini lima orang. Kami masih lagi di fasa berlatih dan tidak lama lagi kami akan melakukan apa yang band lain buat: Gig. Kami di inspirasikan oleh band-band indie seperti Bunkface, Hujan dan Meet Uncle Hussein. Nantikan Kami!

Cerita Kami

Syahmie (Sham)

Sham berasal dari negara muzik rock Holland (Belanda) dan tinggal di Kuala Lumpur. Di dalam band ini, dia bermain alat muzik Bass Guitar Derby Classic yang sekarang masih ditanggung oleh pihak sekolah. Dia juga manager APK Band.

Azwandy (Wan.D)

Seorang anak lahiran Sabah yang amat berbakat. Kerana? Dia boleh bermain apa-apa jenis alat muzik. Dia bermain gitar elektrik anthem dan juga penyanyi utama. Nampak kecil tetapi mempunyai suara yang lantang yang mampu mengejutkan dewa!

Adib (Dib)

Juga anak kelahiran Sabah yang berbakat. Dia juga bermain gitar elektrik. Bekas ketua APK TEAM. Dia juga menjadi mulut dalam band ini.

Muhamad Khairil Anwar (MKA)

Pemain bola sepak yang kuat. Itu membuatkan kami memilihnya sebagai drummer kami.

Ashiq Ahmad (Mad)

Pemain alat muzik yang unik di dalam band ini, gitar acoustic. Dia juga pemain yang terbaru dalam APK Band.

Copyright © 2010 APK All rights reserved.
Wp Theme by Templatesnext . Blogger Template by Anshul